" Dunia Serangga Kanak-kanak "


Terima kasih kerana sudi melawat, memberi komen dan menjadi followers saya..

 

Siapa Saya ?...

Nama saya Nurul Hidayah Binti Mohd Salleh (PEK090033) dan merupakan pelajar Tahun 3 dalam jurusan Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak,

Universiti Malaya.

 

Tujuan Pembinaan Laman Web Ini ..

Laman web ini dibina bagi memenuhi tugasan individu dalam subjek 3110 Media Pengajaran iaitu di bawah bimbingan Ustaz Norhashimi Bin Saad dan dalam masa yang sama memberikan kemudahan kepada guru-guru Prasekolah dan ibu bapa untuk menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi yang menarik untuk kanak-kanak dalam topik serangga. 

 

Objektif Pembinaan Laman Web ..

  • Mendedahkan kepada guru kepentingan dan kelebihan penggunaan teknologi dalam pendidikan

  • Memberi bantuan kepada para guru dan ibu bapa dalam menyediakan aktiviti pembelajaran yang lebih menarik

  • Memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak

  • Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti secara "hands-on experiences" 

 
Bahan Dalam Bentuk Dwibahasa ..

Bahan-bahan bantu pembelajaran yang telah saya sediakan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi terpulang kepada guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan bahan untuk pembelajaran Sains yang menjadi pilihan anda..

 

Percuma !!!

Laman web ini menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma dengan sekali klik sahaja! Video berkaitan yang sesuai digunakan pula telah dimasukkan kedalam laman web ini dan boleh diguna dengan mudah dan pantas. Anda juga boleh memuat turun video ini dengan hanya klik pada tepi bahagian atas sebelah kanan setiap video yang tertera di dalam laman web ini, (jika komputer yang anda gunakan mempunyai downloader).

Jangan lepaskan peluang ini ya..

 

Kesinambungan ..

Laman web yang direka ini adalah kesinambungan daripada laman web yang berikut ini, iaitu :

https://bahasamelayutadika.webnode.com/