"Hands-on Experiences"

25/10/2011 21:38

Cara terbaik untuk mengajar atau memperkenalkan sains kepada kanak-kanak ialah dengan cara 'hands-on experiences' iaitu belajar melalui pengalaman atau aktiviti yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru. Terus-terang saya katakan, saat yang paling diingati oleh saya ketika di tadika semasa kecil dahulu ialah semasa bermain 'plastisin' (tanah liat) dan bermain cantuman lego bersama kawan-kawan. Oleh itu, pilih aktiviti sains yang menekankan kepada 'hands-on' dan hanya memerlukan penerangan ringkas dari anda. Selain itu, pilih aktiviti yang biasa berlaku dalam persekitaran kanak-kanak ini untuk memudahkan mereka memahami apa yang perlu mereka lakukan. Mengajar mereka melakukan sesuatu yang asing bagi mereka adalah sukar. Selain itu, anda perlu pilih aktiviti sains yang secara konsepnya berhubungkait. Walaupun ia seperti melompa dari satu topik ke topik yang lain, tetapi dengan cara ini, kanak-kanak akan lebih tertarik untuk belajar apabila kita memberi mereka peluang untuk meneroka dan berfikir tentang konsep yang diajar. Untuk menjadikan pengajaran sains itu bermakna, Rochel Gelman mencadangkan supaya anda memilih 1 atau 2 konsep yang berhubungkait. Contohnya, konsep 'di dalam' dan 'di luar' atau konsep 'perubahan biologi' dan 'kitaran hidup'. Mengajar sesuatu topik dalam tempoh masa yang agak lama tidak akan menghadkan ruang lingkup pembelajaran kanak-kanak, tetapi sebenarnya setiap konsep yang diajar boleh dikembangkan lagi ke dalam bentuk aktiviti sains prasekolah yang pelbagai. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk fokus kepada konsep perubahan biologi dan kitaran hidup, anda boleh mengembangkan lagi topik ini. Contohnya :

 

  • Biji benih dan tumbuh-tumbuhan (Contoh : mengira biji benih dalam buah epal).
  • Menanam biji benih (kacang hijau) dan membuat pemerhatian tentang bagaimana tumbuhan membesar.
  • Belajar mengenai kitaran hidup pelbagai jenis haiwan seperti katak, rama-rama, dan sebagainya.
  • Mengukur pertumbuhan atau perubahan fizikal tumbuhan atau haiwan.