Pembentangan Ditunda..

01/11/2011 18:11

Salam semua..

Nampaknya pembentangan saya tentang media pembelajaran ini (laman web) terpaksa ditunda disebabkan kerana secara tiba-tiba tiada internet connection dalam kelas..

Tapi, walaubagaimanapun, kawan-kawan yang lain ada juga yang dah buat presentation (yang tidak menggunakan internet connection).

Antara media untuk pengajaran yang telah dibentangkan :

  1. Powerpoint
  2. Bahan Grafik
  3. Smart Book
  4. Audio
  5. Papan Flanel
  6. Bahan Pameran 3D
  7. Photostory

Dan yang pasti, pembentangan saya akan dijalankan semula pada minggu ke 9 iaitu selepas Hari Raya Haji...