Jangan Memaksa dan Jangan Berleter

25/10/2011 19:34

  • Sebagai guru Prasekolah, jangan memarahi murid Prasekolah anda sekiranya ada di kalangan mereka tidak memberi tumpuan selepas hanya 5 minit anda berkata-kata kerana bukan mereka tidak mahu mendengar, tetapi mereka tidak mampu berbuat demikian.

  • Otak kanak-kanak belum bersedia dengan aktiviti yang memerlukan mereka untuk duduk dan memberi tumpuan serta fokus terhadap setiap kata-kata anda dalam tempoh yang agak lama.

  • Dalam keadaan ini, kanak-kanak memproses maklumat yang mereka terima dengan agak perlahan dan mereka menggunakan tenaga yang banyak dalam melakukannya. 

  • Kita sendiri sebagai orang dewasa akan merasa cukup letih apabila melakukan kerja yang memerlukan kita berfikir sepanjang hari. 

  • Dengan memaksa kanak-kanak ini untuk duduk dan mendengar kata-kata anda, sebenarnya anda meletakkan mereka dalam risiko menghapuskan terus semangat semulajadi mereka untuk belajar terutamanya yang berkaitan dengan Sains.